Tuesday 20 May 2025, 09:00am - 11:00am
Hits : 98
by This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
JEMPUTAN MENYERTAI WEBINAR TECHNOLOGY TRANSFER: BRINGING TECHNOLOGIES TO MARKET
Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Kementerian Pendidikan Tinggi dengan kerjasama Bahagian Komersialan dan Harta Intelek (ICD), Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC), Universiti Malaysia Kelantan akan menganjurkan Webinar Technology Transfer: Bringing Technologies To Market. Webinar ini adalah bertujuan memperkasakan ekosistem pengkomersialan universiti, memberi panduan mendapatkan dana inovasi, dan membantu peserta memahami prosedur serta proses pengkomersialan produk melalui latihan dan kerjasama dengan agensi serta industri.
TECHNOLOGY TRANSFER.jpg
3. Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato' / Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan dijemput menyertai sesi webinar tersebut seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 20 Mei 2025 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi – 11.00 Pagi
Tajuk forum : Technology Transfer: Bringing Technologies To Market
Platform: Zoom Link (https://zoom.us/j/94850002594?pwd=T8swURib8coy2YY8lGc7aC7NckASvk.1)
Link Pra-Pendaftaran: https://forms.gle/8sCfbdkFZW2Z8Ef38
4. Bersama-sama ini disertakan poster program untuk makluman dan tindakan YBhg. Dato' / Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan selanjutnya.Sekiranya YBhg. Dato' / Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan memerlukan maklumat tambahan atau sebarang pertanyaan, sila hubungi urus setia berikut:
i) Prof. Madya Ts. Dr. Mardawani Bt Mohamad (Tel.: 09-7797789/013-7551944 atau e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
ii) Puan Athirah Bt Mat Yusoff (Tel.: 09-7797789/ 011-37453100 atau e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)
iii) Encik Khairul Azhan Bin Zakri (Tel.: 09-7797789/013-9888599 atau e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..)
5. Kerjasama dan kesudian YBhg. Dato' / Prof./ Prof. Madya/ Dr./ Tuan/ Puan untuk menyertai dan menjayakan sesi webinar ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
"RAJA BERDAULAT, RAKYAT BERILMU,
NEGERI SEJAHTERA, PERLIS MAJU"
“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
‘Ilmu, Keikhlasan, Kecemerlangan’
Saya yang menjalankan amanah
PUSAT INOVASI & PENGKOMERSIALAN (CIC)
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)