Piagam Pelanggan UniMAP
UniMAP sangat komited untuk mencapai piagam pelanggan berikut :-
Dasar Kualiti
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) beriltizam mengendali program pengajian yang berkualiti untuk melahirkan insan dan sumber manusia yang berupaya memenuhi keperluan dan jangkaan pihak berkepentingan.
UniMAP bertekad melaksana pengurusan akademik secara profesional, cekap dan berkesan dengan mengutamakan penambahbaikan secara berterusan supaya UniMAP berdaya saing di persada antarabangsa.
Objektif Kualiti
UniMAP beriltizam mencapai:
Objektif Kualiti 1
Graduan memperolehi PNGK 3.00 ke atas dalam setiap konvokesyen:
40% bagi Program KejuruteraanÂ
60% bagi Program Teknologi Kejuruteraan                Â
95% Program TeknologiÂ
70% bagi Program Komunikasi dan Program Perniagaan      Â
60% Program Diploma Kejuruteraan.
Objektif Kualiti 2
75% daripada pensyarah berkelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) atau kelayakan yang setaraf dengannya.
Objektif Kualiti 3
Nisbah staf akademik dengan mahasiswa prasiswazah:
1:20 bagi Program KejuruteraanÂ
1:20 bagi Program Teknologi Kejuruteraan    Â
1:15 bagi Program TeknologiÂ
1:25 bagi Program PerniagaanÂ
1:20 bagi Program Komunikasi (Teori)Â
1:15 bagi Program Komunikasi (Praktikal).
Objektif Kualiti 4
Tahap Kepuasan Pelanggan setiap tahun:Â
Kepuasan Mahasiswa 80%Â
Kepuasan Staf 85%.
Objektif Kualiti 5
30% Jurutera Profesional (PE) atau setaraf daripada jumlah minimum staf akademik yang diperlukan (berdasarkan nisbah staf : pelajar iaitu1:20 untuk setiap program kejuruteraan di fakulti).
Objektif Kualiti 6
60% staf akademik aktif terlibat sebagai Penyelidik Utama dalam projek penyelidikan.
# Pencapaian bagi tahun semasa akan dilaporkan dalam MKSP pada akhir tahun, selepas Audit Dalaman SPK dijalankan (sekitar April atau awal tahun untuk tahun berikutnya).
Maklumat lanjut, sila hubungi:
Pusat Pengurusan Strategi Dan Kualiti (SQM)
En. Muhammad Hidham Haris
Pegawai Tadbir (ISO Unit)
Tel : +604 979 8645
E-mail : hidham@unimap.edu.my
Tarikh Kemaskini: 18 Januari 2023Â